Rabu, 18 Mei 2011

TERIMA KASIH GURU

TERIMA KASIH GURU
(Sempena Hari Guru )

Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang
ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.



MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN SUNGAI PETANI

Perkara diatas dalah dirujuk.

1. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa MGP Kawasan Sungai Petani akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru, sebagaimana kita semua tahu yang mana pada tiap-tiap tahun akan adanya Sambutan Hari Guru di semua peringkat. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan semua guru-guru PASTI yang telah banyak menyumbangkan tenaga/bakti dalam mendidik anak-anak bangsa.juga bagi kita sama-sama merapatkan silaturahim.

2. Ketetapan program adalah seperti berikut :

Tarikh : 27 Mei 2011

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang

Tempat : Padang Pantai Merdeka

Pendaftaran : RM25.00 seorang

Berpakaian : Baju seragam MGPSP(koko)

3. Dengan berbesar hati pihak Jawatankuasa MGP menjemput semua guru-guru PASTI bagi meraikan majlis ini dan kehadiran semua amat diharapkan.Segala kerjasama dan keperihatinan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

“GURU WAHANA KEMENANGAN UMMAH”



ATURCARA

8.00 pagi – 8.30 pagi : Pendaftaran (kehadiran guru-guru)

8.30 pagi – 12.30 t/hari : Acara sukaneka

- Pukul tin

- Raud lidi

- Botol muzik

- Kotak beracun

12.30 t/hari – 3.00 petang : Makan tengah hari / solat / kendiri

3.00 petang – 5.30 petang : Majlis penutup

- Ucapan aluan Pengerusi Majlis

-Ucapan aluan Ketua MGPSP

-Ucapan aluan Pengerusi Jabatan Pasti Kawasan

- Ucapan perasmian penutup

-Majlis memotong pulut kuning

- Penyampaian hadiah & cenderahati

- Jamuan & bersurai

TERTAKLUK PADA PERUBAHAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...