Program
Transisi Pasti merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk
membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari
pendidikan tidak formal sama ada di rumah secara formal di PASTI. Program ini
dilaksanakan dalam tempoh 1 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang
dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan
dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.
Ianya juga
bertujuan supaya murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,
guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Dan Guru-guru dapat
menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh
sebelum memulakan proses secara formal. Serta meningkatkan minat dan semangat
murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Dan
secara langsung dapat membantu semua murid PASTI yang datang dari latar
belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses
pembelajaran mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan