Rabu, 28 April 2010

MANJAKANI DAN KHASIATNYA


Khasiat Manjakani 1.
Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaj bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.
Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.

Khasiat Manjakani 2
Ini tambahan petua bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat orang lama, biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara dalam hubungan suami isteri.

Khasiat Manjakani 3
Untuk ibu selepas bersalin. Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus lama-lama dengan air dan dibuang kulitnya. Lepas tu dikepal-kepal isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Boleh juga masukkan dalam kapsul ubat. Airnya sekali teguk je, minum. Minum laju-laju, itu petuanya kalau nak bagi habis. Untuk sapuan pada luka bersalin pula, manjakani kering diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi pastikan manjakani dan alatan yang digunakan bersih, nanti ada jangkitan pula.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...