Selasa, 12 Oktober 2010

KELEBIHAN WANITA



"Seorang wanita yang mngerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang ia kehendaki." (HR Abu Nuaim)

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada 1000 Lelaki Yang tidak Soleh

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa hisab."


Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca 'Allahamdullillahi 'ala kulli halin wa astagfirullaha min kullizanbin' maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orangsyuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya."


Pengampunan Allah


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia, maka dia menggembirakan. Bila engkau perintah, dia taat. Bila engkau tiada, dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."


Ada sebuah riwayat pada zaman Nabi SAW ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya, 'Wahai isteriku.. janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.' Secara kebetulan ayahnya menderita sakit.. maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan itu, 'Agar dia mentaati suaminya.' Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya."


Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.


1000 Darjat


Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."


Maulana Syed Ahmad Khan dalam keterangannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:


1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2. Wanita yang mengguli tepung dengan membaca bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkanBaitullah.

4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki soleh.

5. Allah akan memberkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.

6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali ganda dari wajah asal.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhirat kelak, tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...