Khamis, 25 Februari 2010

TENTANG WANITA

Kaum wanita mengatakan susah menjadi wanita Islam. Lihat saja peraturan di bawah:


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding kaum lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak harus taat kepada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Bagaimanapun, pernahkah kaum perempuan itu sendiri melihat di sebaliknya?

Benda yang mahal harganya tentu dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak. Itulah bandingannya dengan seorang wanita Islam.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka tetapi perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakal seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lekainya dan saudra lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Manakala seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah, demikianlah keistimewaan seorang wanita. Justeru itu, setiap wanita haruslah bersyukur dengan kelahirannya sebagai wanita, lebih-lebih lagi sebagai wanita Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...