Sabtu, 9 Februari 2013

KAFFAH DAN PRA TAHFIZ









Balai Islam Tikam Batu - 09/02/2013 - Program Taklimat KAFFAH dan Pra Tahfiz bertujuan memberi pendedahan kepada semua yang terlibat dengan PASTI Sungai Petani, Program telah berlangsung bermula jam 9.00 pg hingga 1.00 t.hari telah dihadiri oleh Guru dan AJK Pasti sekitar Sungai Petani . Taklimat Kaffah telah disampaikan oleh Ust Zulkifli B. Jusoh, Beliau merupakan ALP Jabatan PASTI Kedah dan merangkap Ketua Unit Kaffah & Pra tahfiz. Manakala Taklimat Pra Tahfiz oleh Ustazah Rosliza bt Rosidi. Beliau meerupakan AJK Majlis Guru Pasti Kedah

READ MORE- KAFFAH DAN PRA TAHFIZ

Jumaat, 25 Januari 2013

Munajat PRU 13

Munajat PRU 13 merupaka program awal tahun anjuran Majlis Guru Pasti Kawasan Sg Petani sempena Maulidur Rasul. Ianya bertempat Balai Islam PAS Sungai Petani dan dirasmikan oleh YB Hj Abdullah bin Jusoh merangkap YDP Sg Petani. Program yang bermula jam 6 ptg itu dimulakan dengan pendaftaran peserta dari kalangan cikgu pasti kawasan sg petani, selepas solat isyak peserta bersama dalam bengkel dan taujihad PRU oleh Sdr Khairul Nizar Ismail, 

Selesai pengisian mlm semua peserta berehat sementara menunggu masa untuk munajat dan seterusnya solat subuh. program berakhir dengan sarapan pagi sebelum bersurai kira-kira jam 8.30 pg









READ MORE- Munajat PRU 13

Khamis, 24 Januari 2013

BULAN TRANSISI PASTI


Program Transisi Pasti merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah secara formal di PASTI. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 1 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.











Ianya juga bertujuan supaya murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Dan Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses secara formal. Serta meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Dan secara langsung dapat membantu semua murid PASTI yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama
READ MORE- BULAN TRANSISI PASTI

Sabtu, 31 Mac 2012

Gambar Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan











24 Mac 2012, Sabtu.Pejabat PAS Kawasan Sungai Petani. Telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan MGP Sungai Petani kali ke -8.
Majlis telah dirasmikan oleh Saudara Ashraf bin Abdul Hamid, Setiausaha Jabatan PASTI Kedah.
READ MORE- Gambar Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan

Rabu, 5 Oktober 2011

SAMBUTAN HARI RAYA MGP KAWASAN SUNGAI PETANI







23 September 2011- Jumaat, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Guru PASTI, Majlis ini adalah anjuran Majlis Guru PASTI Sungai Petani. Bertempat di Pejabat PAS, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Majlis yang berlangsung pada jam 3 petang sehingga jam 6 petang. Terima kasih kepada semua tetamu-tetamu yang hadir bagi menyerikan majis ini. semoga majlis sebegini dapat rai kan pada setiap tahun dalam kita menjamu selera dan merapatkan ukhwah silaturahim.
READ MORE- SAMBUTAN HARI RAYA MGP KAWASAN SUNGAI PETANI

TADARUS DAN SUMBANGAN RAMADHAN







5 ogos 2011 - Jumaat, telah berlangsungnya majlis Tadarus dan sumbangan Ramadhan. Sumbangan yang diberikan kepada semua guru-guru PASTI Kawasan seramai 60 orang..Majlis bermula jam 8.30 pagi yang bertempat di Pejabat PAS, Tikam Batu,Sungai Petani, Kedah.
Sumbangan adalah berbentuk barangan dapur iaitu beras,gula dan teh. Dana yang di gunakan adalah dari wang tabung MGP Sungai Petani sendiri.
Pihak MGP amat mengharapkan kerjasama semua pihak-pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi kita sama-sama membantu pihak-pihak yang amat memerlukan, hulurkan lah sedikit sumbangan kita bagi membantu pihak yang memerlukan.
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA...sama-sama kita berAMAL
READ MORE- TADARUS DAN SUMBANGAN RAMADHAN

Selasa, 7 Jun 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI SUNGAI PETANI 2011

Selamat Hari Guru buat semua Guru-guru PASTI Kawasan Sungai Petani & seluruh Guru-Guru PASTI Malaysia. "GURU MENJANA KEMENANGAN UMMAH" Itulah tema bagi Sambutan Hari Guru PASTI 2011. Pada 27 Mei 2011 merupakan tarikh yang bermakna bagi meraikan Sambutan Hari Guru Kawasan Sungai Petani, terima kasih kepada semua AJK MGP yang menjayakan majlis ini, dan jutaan terima kasih juga kepada Jabatan PASTI Kawasan yang menyumbangkan dana untuk majlis ini. Kepada perasmi Ustaz Yusof Awang di ucapkan Jazakallah kerana dapat melapangkan masa dan merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru 2011. Semoga ia temetri sebagai memori bersama, Pihak MGP Kawasan memohon maaf sekiranya majlis ini terdapat kekurangan.. "SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU PASTI SUNGAI PETANI" Kerana Dirimu begitu berharga


menjamu selera


sedap!!!!


jamuan petang - LAKSA & PULUT KUNING-


cenderahati untuk guru-guru




keceriaan dan ukhwah

Ustaz Yusof memotong pulut kuning bg merasmikan majlis


Pulut Kuning hari guru PASTI 2011


ucapan perasmian oleh Ketua DPP Kawasan


ucapan aluan dari Ketua MGP Kawasan


menyanyikan lagu tema - PAS, AL-AMAL, PASTI


Hadiah bg acara spontan - kotak beracun-




guru di minta menjawab soalan dari kotak beracun


lakonan guru bg acara kotak beracun
-ada bakat rupanye!!!-


Lawan raut....
lawan sapa menang...dapat hadiah


acara Raut lidi


acara muzik botol





READ MORE- MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI SUNGAI PETANI 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...